Microsoft baru sahaja melancarkan kemaskini Windows 10 untuk Oktober 2018 (versi 1809), tetapi sudah pelbagai isu dilaporkan oleh pengguna. Antaranya pepijat di Task Manager, masalah sambungan internet, beberapa driver tidak sesuai dan gagal berfungsi, dan yang mungkin paling serius ialah beberapa pengguna melaporkan fail-fail mereka dibuang selepas memasang kemaskini tersebut.
Kemaskini tersebut dihentikan sementara oleh Microsoft sementara mereka menyiasat punca dan perbaiki masalah yang dilaporkan. Jika anda hadapi isu yang disebutkan di atas selepas kemaskini veris 1809, Microsoft galakkan anda untuk hubungi mereka.
Microsoft juga supaya pengguna tidak menggunakan fail pemasangan Windows versi terkini itu jika sudah dimuat-turun, dan menasikatkan pengguna untuk menggunggu yang versi baru.
sumber: microsoft