Pelayan yang berasaskan Cloud (Cloud Server) mendapat permintaan sangat tinggi daripada pembangun aplikasi web, telefon pintar, komputer mahupun pembangun permainan elektronik. Di Malaysia juga dilihat semakin ramai pembangun tempatan menggunakan kemudahan pelayan Cloud untuk melancarkan aplikasi yang dibina.

Tetapi mungkin kerana perlukan kemahiran atau rujukan teknikal, tidak kurang juga yang menghadapi masalah atau berhenti separuh jalan sebelum berjaya menggunakan pelayan Cloud.

RunCloud.io, sebuah perkhidmatan berasaskan perisian (SaaS) atas talian yang dibina oleh pembangun tempatan sendiri, memudahkan para pembangun untuk melancarkan pelayan Cloud dengan langkah yang ringkas dan panel yang mesra pengguna.

Sama seperti tagline yang digunakan : Create. Connect. Deploy. menggunakan RunCloud.io memang sangat senang.

Pembangun aplikasi yang menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP tidak lagi perlu menggunakan arahan secara manual setiap kali mahu melakukan sesuatu kepada pelayan Cloud. Juga sesuai kepada pembangun yang kerap membina pelayan Cloud baru, ingin elak daripada langkah-langkah yang berulang.

Antara fungsi yang disediakan: memasang beberapa versi pelayan PHP, sijil SSL/TLS untuk sambungan HTTPS, nama domain, pengurusan pengkalan data, skrip automatik untuk pemasangan skrip seperti WordPress dan lain-lain. RunCloud juga mengambil beberapa langkah keselamatan untuk memastikan pelayan anda selamat, antaranya sambungan rangkaian yang disulitkan, pemasangan Firewall dan Fail2Ban – perisian yang akan menghalang sesorang jika melakukan log masuk yang salah beberapa kali.

Ketika ini, RunCloud.io memberikan percubaan fungsi akaun Pro selama 15 hari. Anda boleh gunakan semua fungsi akaun Pro tanpa sebarang bayaran atau kad kredit.

Layari : https://runcloud.io

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.