Belajar asas membina laman web menggunakan WordPress CMS. Sangat mudah digunakan dan tidak perlukan kemahiran bahasa pengaturcaraan. Tutorial berikut adalah dalam Bahasa Malaysia.
Tutorial WordPress
1. Cara Install WordPress CMS Dalam Localhost
https://www.youtube.com/watch?v=zuJ53qZ-5v4
Untuk permulaan, anda boleh mencuba WordPress di dalam komputer, tidak perlu beli hosting dan domain. Sangat berguna kerana boleh buat pemasangan berulang kali dan beberapa wordpress serentak. Tidak perlu sebarang kos tambahan untuk membeli hosting.
2. Belajar Asas WordPress CMS
https://www.youtube.com/watch?v=JNe4hQW5I8o
Berkenalan dengan WordPress CMS, memahami komponen-komponen asas dan cara gunakannya. Apa itu Page dan Post dalam WordPress. Cara untuk menggunakan Permalink, Widget, dan banyak lagi.
3. Bina Contact Form Dalam WordPress
https://www.youtube.com/watch?v=uO_BQ90Bh3U
Cara buat “Contact Form” dalam WordPress menggunakan plugin Contact Form 7. Belajar buat form sehingga berjaya menghantar email kepada penerima.
Persiapan Local webserver / Hosting
1. Uji Fungsi Email di localhost menggunakan Papercut SMTP
https://www.youtube.com/watch?v=Anb1xJSbLzU
Cara guna perisian Papercut SMTP untuk menguji penghantaran email di local webserver (dalam komputer). Berguna untuk menguji fungsi email sistem yang anda bina atau contact form.
2. Cara Buat Domain Cantik Di Localhost, Virtual Host Guna Xampp / PHP
https://www.youtube.com/watch?v=wVWRzUKIea0
Cara menukarkan url “localhost” kepada custom domain di local webserver, supaya lebih pendek contohnya “websaya.test”. Alamat laman lebih lebih cantik walaupun menggunakan web server dalam komputer.
3. Cara pilih dan beli web hosting dan domain di Malaysia
https://www.youtube.com/watch?v=V4oiHgNKO3Q
Apa kriteria utama yang perlu diambil kira semasa memilih web hosting. Kita lihat beberapa tawaran pakej daripada penyedia hosting tempatan di Malaysia.