Melalui artikel sebelum ini, Radionomy iaitu pemilik Winamp sekarang sudah umumkan akan keluarkan Winamp versi baru pada 2019. Dalam masa yang sama mereka juga akan lancarkan kemaskini untuk Winamp versi 5 yang sedia ada.

Kini techradar melaporkan telah tersebar di internet perisian Winamp versi 5.8. Kerana risau pengguna mungkin termuat turun versi yang sudah ditambah perisian hasad, Radionomy mengambil keputusan untuk lancarkan versi berkenaan lebih awal di laman web rasmi.

Mereka nasihatkan pengguna hanya muat turun daripada laman web rasmi Winamp sahaja.

Muat turun di Winamp.com

Teruja melihat laman web Winamp kini terkemaskini walaupun dengan halaman muat-turun yang ringkas.

Baca 2019 Winamp Akan Kembali

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek