Seperti aplikasi Grab dan Uber untuk memanggil kereta datang ke rumah, dengan konsep yang hampir sama, Doctor2U ialah aplikasi untuk mendapatkan rawatan dan penghantaran ubat tanpa perlu meinggalkan rumah anda.

Dilancarkan oleh BP Healthcare Group, sebuah syarikat berstatus MSC, aplikasi Doctor2U juga dilengkapi beberapa lagi fungsi unik dan menarik.

Doktor Ke Rumah

Dapatkan lawatan daripada doktor berpengalaman dan berlesen ke lokasi anda. Sama ada di rumah, pejabat, hotel atau lain-lain lokasi, hanya tetapkan didalam aplikasi. Penting disebut di sini yang perkhidmatan ini bukan untuk situasi kecemasan di mana pesakit memerlukan perhatian segera. Hubungi 999 untuk kes kecemasan.

Penghantaran Ubat

Anda boleh membeli ubat dari dalam aplikasi dan ia akan dihantar terus ke lokasi pilihan. Ambil gambar preskripsi daripada doktor untuk semakan ahli farmasi. Untuk pengesahan, semasa menerima ubat, anda perlu tunjukkan preskripsi asal daripada doktor, pengenalan diri menunjukkan nama yang sama dalam preskripsi dan turunkan tandatangan.

Ambulan Ke Rumah

Bagi pesakit yang perlukan bantuan ambulan untuk ke hospital, Doktor2U integrasikan fungsi menempah ambulan mirip seperti Grab dan Uber. Anda juga boleh melihat di mana lokasi ambulan secara masa nyata.

Konsultasi Melalui Video

dokctor2u video consultation

Melalui konsultasi video yang dibuka 24 jam setiap hari, doktor bertauliah boleh terus melihat, mendengar dan menganalisa keadaan anda dan mencadangkan rawatan yang terbaik. Doktor juga boleh terus mengeluarkan preskripsi untuk ubat dihantar terus kepada anda.

Berbual Percuma Dengan Pakar

 

doctor2u live chat

Dapatkan pandangan doktor, ahli farmasi dan pakar pemakanan hanya melalui telefon anda. Hantar gambar atau terangkan keadaan dan pertanyaan anda.

e-Dagang Barang-Barang Penjagaan Kesihatan

Ribuan produk penjagaan kesihatan, alat bantuan harian sehinggalah kepada vitamin dan supplement. Semuanya disediakan mengikut kategori. Fungsi perbandingan harga dan reviu pengguna juga disediakan.

*Sila rujuk laman web doctor2u.my untuk semakan maklumat terkini dan penerangan tentang perkhidmatan yang disediakan termasuk bayaran yang dikenakan.

Layari: doctor2u.my

Muat-turun untuk Android dan iOS

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek