Windows Vista, antara sistem pengoperasian yang paling bermasalah daripada Microsoft, akan ditamatkan sokongan kemaskini dan tampungan keselamatan pada 11 April ini. Kurang 2 bulan dari tarikh artikel ini.
Pengguna disarankan untuk menatar (upgrade) Windows Vista ke versi Windows yang lebih tinggi. Microsoft mencadangkan Windows 10 untuk sokongan jangka masa panjang tetapi untuk transisi yang mudah (antaramuka yang lebih biasa) pengguna juga boleh memilih Windows 7.
Sokongan kemaskini Windows 7 dijangka tamat pada bulan Januari 2020.
Proses penamatan sokongan dan transisi Windows Vista ini dijangka lebih mudah berbanding penamatan sokongan Windows XP lebih 3 tahun lepas.
Semasa penamatan sokongan kepada Windows XP, Microsoft menghadapi kesukaran untuk meyakinkan pengguna untuk menatar kepada versi yang lebih baru. Kerana pada masa itu Windows XP masih digunakan ramai, dan menduduki tempat kedua dunia paling digunakan ramai. Sehingga kini, lebih kurang 9 peratus komputer diseluruh dunia masih menggunakannya.
Sumber : softpedia