Grant Michalski, seorang lelaki yang didakwa menyimpan bahan pornografi kanak-kanak, telah dipaksa oleh pihak FBI untuk nyah-kunci iPhone miliknya menggunakan mukanya, melalui fitur di dalam iPhone iaitu FaceID.

Menurut pindaaan undang-undang ke-4 dan ke-5 (AS) memberi perlindungan menghalang paksaan nyah-kunci peranti. Tetapi FBI yang sedang menyiasat kes penderaan kanak-kanak itu mendapat waran yang sah untuk berbuat demikian, kerana beberapa faktor yang dipersetujui mahkamah. Hak untuk menggeledah peranti peribadi seperti telefon ini sentiasa menjadi perbahasan di mahkamah Amerika.

Penyelidik keselamatan dan penganalisa undang-undang mengatakan, nyah-kunci secara biometrik seperti cap jari, imbasan iris mata, dan imbasan muka dikatakan tidak akan menghentikan penggeledahan pihak berkuasa. Semuanya hanya teori sahaja sehingglah kes ini membuktikan, ya, sesiapa saja tidak terlepas daripada penggeledahan pihak berkuasa jika dibenarkan mahkamah.

Laporan pada Julai lalu, PDRM dan SKMM memantau pengguna web lucah.

sumber: extremetech

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek