Melalui kerentanan Facebook terbaru, penyerang dapat akses kepada hampir 30 juta akaun (pada awalnya dilaporkan 50 juta). Selepas siasatan dilakukan, Facebook mengesahkan yang penyerang tersebut berjaya mendapatkan token akses akaun lebih 29 juta akaun.
Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 15 juta akaun, penyerang berjaya mendapatkan sama ada alamat emel atau nombor telefon atau kedua-duanya. Selebihnya anggaran 14 juta akaun, penyerang dapat ekstrak lebih banyak maklumat, seperti username, jantina, status hubungan, agama, tarikh lahir, pendidikan, pekerjaan, 10 lokasi terakhir yang dikongsi, Pages yang diikuti dan 15 carian terakhir. 1 juta akaun lagi tiada maklumat yang di akses.
Untuk mengurangkan panik pengguna, Facebook telah menyediakan halaman khas untuk anda buat semakan jika akaun anda terlibat dalam serangan ini di sini. sumber: fb news.
Mereka juga berkata akan menghantar mesej khusus kepada 30 juta akaun yang diakses untuk memaklumkan maklumat apa yang mungkin sudah diakses dan cara untuk melindungai akaun dan diri mereka.
Semak jika akaun anda terlibat di sini.
Baca apa sebenarnya yang berlaku di artikel ini: Penggodam Dapat Akses 50 Juta Akaun Facebook