Enjin carian atau Search Engine ialah satu perisian yang dibina untuk memudahkan pengguna mencari maklumat dan kandungan di rangkaian internet (World Wide Web). Keputusan kandungan yang dicari mungkin mengandungi pautan, teks, imej, video dan lain-lain.

Untuk memastikan maklumat yang dicari pengguna sentiasa dikemaskini, enjin carian juga dilengkapi dengan algorithma dan web crawler. Web crawler bertugas sebagai ‘pelawat’ ke laman web tertentu untuk mendapatkan kandungan terkini dan kandungan baru.

Apabila anda masuk ke laman web Google, anda taip ‘jomgeek.my’ anda akan berjumpa dengan laman web ini. Apa yang berlaku ialah, Google sebagai enjin carian, mengambil keyword anda iaitu ‘jomgeek.my’ dan mencari dalam pengkalan-datanya, dan memberi keputusan kepada anda sama ada pautan, imej dan lain-lain.

Indexing – Proses Indeks enjin carian

Indexing ialah proses memasukkan maklumat terkini ke enjin carian. Sesebuah laman web atau blog yang baru dibina, ia tidak akan terus muncul di dalam keputusan enjin carian. Enjin carian akan menggunakan crawler/bot untuk ‘melawat’ blog tersebut bagi mendapatkan maklumat dan kandungan tertentu, selepas itu barulah blog tersebut akan tersenarai dalam keputusan enjin carian.

Antara enjin carian yang terkenal sekarang ialah Google, Bing dan Yahoo.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.