Sementara menonton video di YouTube, anda mungkin mahu mencari video lain untuk ditonton juga. Fitur pemain mini atau miniplayer ini sudah lama muncul di aplikasi mudah alih YouTube. Tapi kini ia dilancarkan untuk YouTube versi desktop pula.

Twitter YoutubeSupport kongsikan video ringkas demo penggunaan miniplayer.


Semasa menonton YouTube, anda hanya perlu klik pada ikon kecil dipenjuru kanan-bawah video tersebut. Dan anda boleh klik ke halaman lain di YouTube. Jika anda klik pada video lain, miniplayer akan ditutup secara automatik.

Mungkin kemaskini inikah yang menjadi punca YouTube Tidak Dapat Diakses Di Seluruh Dunia sebelum ini?

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek