Tidak dinafikan, robot dan pelbagai mesin canggih semakin banyak digunakan di dalam industri terutamanya pembuatan dan perkhidmatan untuk menggantikan manusia.
Bill Gates mencadangkan robot-robot ini juga dikenakan cukai seperti mana manusia yang bekerja di tempat tersebut.
Manusia boleh memfokuskan khidmat social dan lain-lain yang tidak boleh diuruskan robot. Seperti membantu orang tua dan kanak-kanak, insan yang memerlukan, mengecilkan saiz kelas dengan lebih ramai guru dan sebagainya.
Wang daripada hasil cukai robot-robot ini dapat membantu dalam mencapai tujuan ini.
Apa Pandangan Anda?