Facebook dilaporkan sedang menguji fungsi baru di Facebook versi desktop iaitu Pop-up post. Ia muncul seperti kekotak mesej di Facebook, juga boleh dikecilkan untuk disembunyi.
Daripada Pop-up post, pengguna boleh terus menulis komen atau melihat post secara penuh.
Menurut jurucakap Facebook, mereka membina fungsi terbaru ini kerana menerima maklum-balas bahawa ramai pengguna yang tidak mahu ketinggalan dalam perbincangan/komen sesuatu post semasa mereka melihat post-post yang lain di News Feed.
Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan berapa peratus pengguna Facebook yang terlibat dalam ujian Pop-up post.
Perbahasan dan peperangan pahlawan papan kekunci pasti semakin panas selepas ini 🙂
Sumber : cnet