Anda sudah tengok robot-robot yang unik sebelum ini? Ada robot yang melompat seperti ‘parkour‘, ada yang melompat seperti pocong, ada juga seperti burung unta. Kali ini robot seperti ular pula dihasilkan oleh Kyoto University dan the University of Electro-Communications.

Dalam video demo ini ditunjukkan kebolehan robot tersebut memanjat dan menuruni tangga. Anda pernah main permainan Snakes & Ladders?

Robot ini dihasilkan untuk membolehkan tempat-tempat sempit dicapai dimana manusia tidak dapat masuk. Contohnya dicelah runtuhan bangunan selepas bencana alam.

Lihat aksi robot-robot lain di sini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek