Universiti Carolina Utara akan membuat kajian untuk lebih memahami pesakit bulimia nervosa dan lain-lain yang melibatkan gangguan pemakanan. Kajian tersebut diberi nama BEGIN, singkatan kepada “Binge Eating Genetics Initiative“.
Menurut National Association of Anorexia Nervosa and Associated Disorders, dianggaran 30 juta orang di Amerika menghadapi gangguan pemakanan.
Pesakit yang mengalami gangguan pemakanan biasanya akan makan sangat banyak dalam jarak masa yang singkat.
Untuk tujuan kajian itu, Apple menyumbangkan 1000 jam tangan pintar keluarannya, Apple Watch, untuk digunakan. Kadar degupan jantung akan dipantau selama sebulan untuk melihat jika anda kenaikan mendadak sebelum perasaan ‘keterujaan’ untuk makan timbul.
Semua yang menyertai kajian tersebut, Apple Watch terus menjadi milik mereka selepas kajian selesai.
sumber: cnbc