Dengan jumlah dana di Kickstarter hampir mencecah RM8 juta ($1,877,719 dolar AS), Vector, robot comel dan bijak keluaran syarikat Anki ini benar-benar mencuri perhatian ramai.

Apa fungsi robot comel ini? Anda bayangkan seperti Siri di iPhone atau Google Assistant di Android, tetapi lebih menarik kerana ia bergerak menunjukkan tindak balas fizikal, memberi ekspresi muka, malah boleh menunjukkan ‘perasaannya’ melalui pelbagai cara.

Dia boleh melihat dan mengenal individu melalui pengecaman wajah, mendengar, merasa sentuhan atau pergerakan, malah dia boleh mengakses internet untuk mendapat maklumat yang pengguna minta. Dengan kombinasi teknologi kecerdasan buatan (AI), Vector semakin lama akan menjadi semakin bijak dan mesra dengan tuannya.

Rujuk pelbagai fitur dan maklumat terperinci tentang Vector di halaman Kickstarter.

Kempen di Kickstarter sudah tamat, anda kini boleh pra-tempah Vector.

Tengok robot-robot lain di sini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek