Pada awal pelancaran Windows 10, Microsoft menawarkan naik taraf percuma kepada pengguna versi Windows sebelumnya bermula daripada Windows 7 dan ke atas. Tempoh yang diberikan sudah tamat dan pengguna yang mahu naik taraf perlu membeli lesen Windows 10. Bagaimanapun, bagi pengguna fungsi teknologi bantuan (assistive technologies), naik taraf percuma dilanjutkan sehingga 31 disember 2017.
Antara fungsi dalam teknologi bantuan termasuklah kanta pembesar skrin (screen magnifier), pembaca text (narrator), papan kekunci di skrin (on-screen keyboard). Fungsi-fungsi ini disediakan untuk individu yang menghadapi kesukaran tertentu ketika menggunakan komputer.
Juru-cakap Microsoft mengatakan, lanjutan tarikh naik taraf percuma ini ditawarkan untuk yang menggunakan teknologi bantuan, dan bukan sebagai jalan pintas bagi yang terlepas tarikh naik taraf percuma dan tidak menggunakan teknologi tersebut.
Daripada percubaan JomGeek, sepanjang proses naik taraf melalaui tawaran ini, tiada sebarang pengesahan atau semakan yang dibuat untuk memastikan pengguna tersebut menggunakan teknologi bantuan atau tidak.
Untuk proses upgrade, ikuti cara di bawah:
- Klik untuk layari laman ini : Windows 10 free upgrade for customers who use assistive technologies
- Klik butang Upgrade Now untuk muat-turun perisian naik taraf.
- Jalankan perisian yang dimuat-turun dan ikuti langkah yang dipaparkan di skrin.
Proses naik-taraf akan dimulakan. Pastikan sambungan internet anda stabil kerana fail pemasangan Windows 10 yang agak besar (3gb+) perlu dimuat-turun terlebih dahulu.
Semoga Berjaya. 🙂