2 format kemaskini firmware dikeluarkan oleh Sony untuk konsol PlayStation 4. Satu untuk naik-taraf dan satu lagi untuk pemasangan baru keseluruhan sistem.

Kemaskini ini dikatakan memberi peningkatan prestasi. Memandangkan Sony mengumumkan mereka sudah memperbaiki masalah mesej berbahaya sebelum ini, besar kemungkinan kemaskini ini juga turut menyertakan baik-pulih untuk masalah tersebut.

Cara Kemaskini / Naik-Taraf

A. Online – Terus Melalui Sambungan Internet

  1. Pastikan PlayStation 4 anda bersambung dengan internet.
  2. Masuk ke Settings > System Software Update
  3. Jika ada kemaskini ia akan muat-turun secara automatik

B. Offline – Menggunakan Komputer Dan Fail Kemaskini

Muat-turun fail PS4UPDATE.PUP (450mb ++)

  1. Muat-turun fail kemaskini dan namakan fail tersebut sebagai ‘PS4UPDATE.PUP’
  2. Letakkan ke dalam storan usb (usb flash drive / pendrive)
  3. Fail tersebut mesti diletakkan dalam folder Pendrive Anda > PS4 > UPDATE 
    ps4 update
  4. Palamkan storan USB anda ke PlayStation
  5. Masuk ke Settings > System Software Update, dan ikut arahan di skrin.

 

Cara Pemasangan Baru Sistem

Langkah ini akan membuat pemasangan baru sistem PlayStation 4 dan semua data akan dikosongkan seperti baru. Berguna jika anda menukar harddisk atau mahu sistem yang ‘fresh‘.

Menggunakan Komputer Dan Fail Kemaskini

Muat-turun fail PS4UPDATE.PUP (1gb ++)

  1. Muat-turun fail kemaskini dan namakan fail tersebut sebagai ‘PS4UPDATE.PUP’
  2. Letakkan ke dalam storan usb (usb flash drive / pendrive)
  3. Fail tersebut mesti diletakkan dalam folder Pendrive Anda > PS4 > UPDATE 
    ps4 update
  4. Matikan PS4 anda sepenuhnya. Jika lampu kuasa masih menyala, tekan butang kuasa sekurangnya 7 saat.
  5. Palamkan storan USB anda ke PlayStation
  6. Masuk ke ‘safe mode‘ dengan menekan butang kuasa sekurangnya 7 saat.
  7. Pilih ‘Initialize PS4 (Reinstall System Software)‘ dan ikuti arahan di skrin.

 

Halaman alternatif untuk muat-turun fail kemaskini daripada Softpedia. Panduan asal daripada Sony.

Baca Mesej Berbahaya Rosakkan PS4, Perlu Tindakan Segera.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek