Secara asasnya ia adalah sebuah enjin carian untuk web, fungsi asas yang sama seperti Google, Bing dan Yahoo. Anda taip perkara yang dicari, ia akan paparkan keputusan.

Tetapi apa yang membezakannya ialah, DuckDuckGo (DDG) lebih mementingkan privasi pengguna. Menurut pihak DDG, mereka tidak membina profil berdasarkan carian pengguna.

 

Apa yang dimaksudkan dengan membina profil pengguna atau ‘user profiling‘:

Kita ambil contoh carian menggunakan Google:

  1. Anda nak beli kasut dan buat carian produk untuk dibeli di Google.
  2. Daripada hasil carian produk tersenarai ialah daripada web Shopee, Lazada, 11street, Lelong, dan banyak lagi.
  3. Anda klik pada laman Lazada kerana anda suka laman web tersebut.
  4. Google akan menyimpan jejak maklumat bahawa anda suka web Lazada. Lama kelamaan web Lazada akan berada di antara keputusan teratas hasil carian anda.

Tetapi jika pengguna lain buat carian produk yang sama, mereka tidak dipaparkan web Lazada antara yang teratas seperti anda kerana jejak profil yang berbeza. Pengguna lain mungkin lebih sukakan web Shopee, jadi web Shopee akan muncul lebih kerap dan lebih tinggi dihasil carian mereka.

Itu hanya satu contoh, sebenarnya banyak lagi data yang enjin carian seperti Google simpan tentang seseorang pengguna. Mereka boleh gunakan maklumat tersebut untuk paparkan hasil carian dan iklan yang lebih relevan kepada individu berbeza dan lain-lain lagi.

Anda mungkin juga akan mula ‘terserempak’ dengan iklan berkaitan produk yang anda cari sebelum itu, di laman web lain seperti blog dan Facebook.

 

Jom kita lihat sedikit perbandingan antara DuckDuckGo dan Google dari segi privasi:

  • DDG tidak mengimpan log maklumat pengguna seperti alamat IP, sistem dan pelayar web pengguna, dan lain-lain maklumat, yang kerap digunakan enjin carian lain untuk menjejak pengguna (user profiling and tracking).
  • Hanya keyword carian yang digunakan untuk memberi keputusan carian tanpa membina profil pengguna berdasarkan apa yang dicari.
  • Semua pengguna akan dapat keputusan carian yang sama jika gunakan keyword yang sama.
  • Tidak kongsikan maklumat keyword carian kepada web yang pengguna akses. Google biasanya akan sertakan keyword di hasil carian, jadi web yang anda layari mungkin boleh tahu apa yang anda cari sebelum mengakses web tersebut.
  • Jika pihak berkuasa minta maklumat pengguna daripada DDG, tiada apa-apa yang dapat diberikan kerana, mereka tiada (tidak simpan) maklumat tersebut.

 

Beberapa fungsi menarik DuckDuckGo

DDG menyediakan banyak fungsi khas untuk digunakan supaya kerja lebih mudah dan cepat. Beberikut beberapa fungsi yang ada.

1. !bang – Terus Cari Di Web Lain

Arahan !bang ialah arahan pendek untuk carian ke laman web yang tersenarai. Carian akan terus dibuat di laman web tersebut.

Lihat contoh arahan yang ada:

  • !g jomgeek – akan buka web Google dan cari keyword ‘jomgeek’
  • !twitter jomgeekmy – akan terus buka laman web twitter dan buat carian perkataan ‘jomgeekmy’
  • !a xbox one – akan terus buka web Amazon dan cari keyword ‘xbox one’
  • !w malaysia – akan terus buka web Wikipedia dan buat carian artikel tentang ‘malaysia’
  • !g

Lebih 10,000 web tersenarai dalam arahan !bang yang anda boleh gunakan. Lihat koleksi arahan di sini.

2. Instant Answers – Hasil Carian Segera

Anda terus dapat jawapan tanpa perlu klik ke laman web yang di cari. Fungsi ini akan berikan keputusan dalam bentuk ringkasan, kompilasi, borang, permainan dan sebagainya, yang berkaitan dengan keyword carian.

Beberapa contoh Instant Answer yang anda boleh cuba:

2048, stopwatch, timer 1 hour, color picker, password 8 strong, rhyme keyword

Perkataan yang bunyi hampir sama. Sesuai jika nak tulis pantun atau lagu rap
Semak ramalan cuaca
Tukar unit
Antara permainan yang ada dalam Instant Answer
stopwatch
Penjana kata laluan
Paparkan link sebenar daripada link yang dipendekkan

Lihat koleksi Instant Answers yang ada di sini.

3. Pemalam DuckDuckGo untuk Pelayar Web

DDG menyediakan pemalam (extension/plugin) untuk pelayar web anda dan memberi beberapa kelebihan apa bila anda gunakannya:

  • Halang web pengiklanan seperti Google dan Facebook daripada menjejaki aktiviti anda.
  • Laman web yang tidak selamat seperti tiada sambungan https, akan dipaksa menggunakan sambungan yang disulitkan (encrypted).
  • Apa saja carian anda lakukan tidak akan disimpan.
  • Tunjukkan analisa privasi dan syarat penggunaan web yang dilayari.

Pasang pemalam DuckDuckGo untuk pelayar web anda, klik sini.

4. Aplikasi DuckDuckGo telefon pintar

Fungsi dan kelebihan yang DDG sediakan, semuanya terus dari dalam aplikasi. Baca kelebihan lain penggunaan aplikasi DDG di sini.

Pasang aplikasi DuckDuckGo untuk Android dan iOS.

Layari https://duckduckgo.com untuk mencuba.

Tahukah anda, pelayar web Tor juga gunakan DuckDuckGo sebagai enjin carian utamanya?

Baca lagi:

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By JomGeek