Terpaksa patuhi waran geledah terbaru yang dikeluarkan oleh hakim, Google terpaksa serahkan email pelanggan yang disimpan dalam pusat data yang berada di luar US. Ini untuk melancarkan proses pemantauan daripada ejen FBI. 9 pusat data Google berapa di dalam US manakala 6 lagi berada di negara lain iaitu – Taiwan, Singapura, Ireland, Netherlands, Finland dan Belgium.

Ini sangat merisaukan pengguna Gmail kerana bakal mendedahkan privasi.

Google sedang merancang untuk membuat rayuan membatalkan waran tersebut. Google menyatakan mereka biasanya memecahkan email menjadi bahagian-bahagian kecil untuk meningkatkan prestasi rangkaian, jadi mereka sendiri mungkin tidak tahu di mana setiap email berada.

Kes yang sama juga melibatkan Microsoft tetapi keputusan yang sangatbertentangan.

Pada Julai lalu, keputusan mahkamah ke atas Microsoft ialah, mereka tidak boleh dipaksa menyerahkan email memandangkan ia berada di pelayan yang berada di Berlin. Dan ini adalah keputusan muktamad.

Sumber : Softpedia

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.