Purism telah membuka pra-tempahan untuk telefon pintar mereka, Librem 5. Ia menggunakan sistem pengoperasian Linux PureOS yang mengetengahkan kepentingan privasi, sekuriti dan kebebasan pengguna.
Antara fitur menarik ialah, ia mempunyai suis fizikal untuk aktif/nyah-aktifkan kamera, mikrofon, wifi, bluetooth dan baseband. Di telefon Android dan iOS anda mungkin ragu-ragu sama ada kamera atau microfon digodam, ada aplikasi yang mencuri rakam suara dan gambar, tapi tidak dengan Librem 5.
Librem 5 akan di pra-pasang PureOS dengan persekitaran dekstop GNOME 3.32
Maklumat Librem 5 dan pra-tempah di puri.sm
Baca lanjut berkenaan PureOS
Apa Pandangan Anda?