Di sini beberapa tips segera untuk anda gunakan apabila bekerja dengan Microsoft Word. Amalkan selalu untuk bina kebiasaan, anda akan lebih cekap dan geek 🙂

Tips ini akan ditambah dari masa ke semasa, jangan lupa Like page FB JomGeek untuk update terkini.

  1. Untuk pilih keseluruhan peranggan ayat, klik 3 kali dengan cepat pada perenggan tersebut.
  2. Untuk pilih keseluruhan ayat, tekan CTRL sambil klik pada ayat tersebut.
  3. Untuk buat garisan pemisah, taip 3 simbol “-” (dash/hypen) dan tekan Enter. Untuk garisan lebih tebal, taip 3 ‘_’ (underscore).
  4. Buat huruf kecilbawah (subscript), pilih huruf tersebut dan tekan CTRL dan + , untuk huruf kecilatas (supscript) pula tekan CTRL SHIFT +.
  5. Padam perkataaan demi perkataan dengan tekan Backspace sambil menekan CTRL.
  6. Taip =rand(p,a) dan tekan Enter untuk isi teks random sementara. Jangan lupa tukarkan ‘p’ dan ‘a’ dengan nombor. ‘p’ bilangan perenggan dan ‘a’ bilangan ayat setiap perenggan yang diperlukan.
  7. Taip =lorem(p,a) dan tekan Enter pula fungsi yang sama cuma gunakan ayat ‘Lorem ipsum…’. . Jangan lupa tukarkan ‘p’ dan ‘a’ dengan nombor. ‘p’ bilangan perenggan dan ‘a’ bilangan ayat setiap perenggan yang diperlukan.
  8. Lupa di mana hendak sambung menaip? Gerakkan cursor ke tempat terakhir anda menaip semasa Save terdahulu, tekan Shift F5.
  9. Tukar saiz teks dengan mudah, pilih teks tersebut, tekan Ctrl Shift > untuk besarkan, Ctrl Shift < untuk kecilkan.
  10. Buat Table dengan mudah, taip simbol + dan tekan Tab. Taip simbol + lagi dan tekan Tab. Buat beberapa kali mengikut bilangan column yang mahu. Selepas simbol + terakhir, jangan tekan Tab, tetapi tekan Enter. Table akan muncul.
  11. Tambah row pada Table pula, letak cursor pada kotak cell paling bawah kanan, tekan tanpa lepas kekunci Tab sehingga anda dapat bilangan row yang dikehendaki.

Klik butang Kongsi dibawah untuk kongsikan Tips ini.

Apa Pandangan Anda?
Kongsi artikel ini:

By Husnil Khatimi

Minat sendiri. Byting Bytes Bit By Bit.